Teringat satu penglaman yang pernah ku alami sendiri…yang berlaku pada 17 julai 2010 hari sabtu. Pengalaman ini mengamit kenangan yang memang tidak dapatku lupakan apabila mengurus sesuatu program. Pengalaman ini juga mengingatkan pelajar SMKDAS terhadap diriku yang tidak akan mereka lupakan seumur hidup.
Pukul 2 petang, hari kedua program kem perdana 2010 SMKDAS di sebuah tempat reaksi. aku mengarah semua pelajar berkumpul mengikut kumpulan yang telah dibahagikan. Jumlah peserta yang mengikuti program ini terdiri daripada 105 pelajar. Pak cik mail selaku juru pandu jugle traking dan dibantu oleh seorang JKKK kampung telah pun sampai. Cikgu SMKDAS memberi kuasa penuh kepada aku untuk mengurus pelajar mereka. Selepas pelajar beratur, aku mengarah setiap ketua kumpulan mengira jumlah ahli dan melaporkan kepada ku. Masih ada yang tidak cukup ahli, kerana terdapat segelintir pelajar membeli air. “Cikgu..kawan masih beli air, nanti masuk hutan dahaga lah” jerit seorang pelajar ku. “ni nak salahkan cikgu lah bila cikgu nk cepat….cikgu cakap ktr bergerak pukul berapa tadi dan cikgu lepas kamu untuk bersaip pukul berape…pukul 1 kan…hbs waktu yang ade tadi kenapa x beli air?” sindir ku terhadap pelajar yang tidak ikut arahan di atas pentas depan pelajar. Selepas semua berkumpul aku memberi sedikit taklimat tentang pekara yang perlu dititik berat apabila masuk hutan. Mereka semua kelihatan gembira dan teruja. Seterusnya, ku menjemput Pakcik mail untuk memberi taklimat dan pantuan sepanjang jungle traking tersebut.
Perjalanan diteruskan dalam barisan yang panjang dan pelajar kelihatan bersemangat. Perjalanan menjadi perlahan disebabkan pelajar yang ramai. Di setiap chek point pakcik mail berceritakan tentang tempat tersebut sama ada dari segi pokoknya, tempatnya dan sebagainya. Tetapi yang saya tertarik sekali berkaitan dengan kematian seorang pelajar pada tahun 80-an disebabkan dihanyut oleh kepala air bah. Pelajar tersebut mati disebabkan kedegilannya dan dijumpai keesokan harinya oleh orang kampung. Perjalanan diteruskan hinggalah barisan yang panjang berpecah dan menjadi dua kumpulan apabila melalui denai. Aku yang masa itu berada di tengah barisan, berlari ke hadapan mendapatkan pelajar yang berpecah. Pelajar tersebut memberitahu pelajar hadapan ghaib tiba. Aku suruh kumpulan kedua tersebut berhenti dan aku cuba mencari jejak-jejak kumpulan pertama antara dua denai hadapan aku seorang diri. nasib menyebelahi aku, kumpulan pertama meninggalkan jejak. Kemudian aku mengarah pelajar dibelakang aku mengikuti aku.
Akhirnya, kumpulan kedua yang berada dibawah saya menjumpai kumpulan Pak cik Mail di pertengahan bukit. Memang jauh kena tinggal dengan mereka iaitu dalam jarak 100 meter. Kebetulan hari yang cerah bertukar gelap dan hujan lebat telah turun yang disertai guruh. Pada masa ini aku risau akan keselamatan pelajar. Pak cik Mail tidak mengambil masa lama dengan mengarah semua pelajar dan guru meneruskan perjalanan dengan menuruni bukit. Pelajar yang mula-mula turun bukit tidak mempunyai masalah kerana denai tidak becak dan licin sehinggalah masuk kepada orang 30. Seorang pelajar lelaki india tidak berani menuruni bukit tersebut dan hampir tergelincir berikutan bukit tersebut mempunyai kecondongan 80-70 darjah. Dia menjerit-jerit di pertengahan bukit tersebut meminta pertolongan. Aku bergegas mendapatkan dia. Dia tidak mempunyai keyakinan diri dalam menuruni bukit tersebut, memaksa aku memimpin tangan dan memotivasikan dia. Di tempat pelajar tersebut aku menjaga pelajar yang lain turun. Hujan semakin lebat, denai yang dilalui menjadi seperti longkang dan perjalanan menjadi semakin lembab. Aku melihat cikgu samsudin mengendong pelajar yang pitam, “ini tanda yang tidak baik” tegasku dalam hati. Aku mengambil keputusan untuk mengendong pelajar tersebut dengan mengikut denai yang aku buat sendiri. Aku takut pelajar tersebut jatuh tergolek. Sambil mengendong pelajar perempuan tersebut, terdengar suara kecil dia yang meminta maaf dan tidak sangka pekara tersebut berlaku. Aku cuma berkata yang dia tidak perlu mintak maaf dan memang tanggunjawabku untuk menjaganya. Soal keselamatan pelajar inilah yang aku titik berat sekali dan aku sangguh meletakkan nyawa mereka dahulu dalam apa-apa pekara. Aku membawa dia ke tempat lapang dan mengarah pelajar lain menjaganya menjaganya.
Sungai yang cuba diseberangi pula tidak dapat dilalui, air sungai naik begitu tinggi dan deras. Pelajar dan guru terpaksa menunggu. Keadaan bertambah kelam apabila terdapat lebih kurang lima orang pelajar pitam. Pak mail cuba mencari jalan keluar secepat mungkin, dia telah menyeberangi titi pokok yang tumbang. Aku lihat depan mata sendiri, apabila dia terjatuh ke dalam sungai dan dia bernasib baik memaut pada tali secepat yang mungkin. Keadaan dalam kumpulan pelajar bertambah kelam kabut apabila pelajar yang pitam mula meracau dan tiba-tiba ada yang menagis tiba-tiba. Cikgu shamsudin dan cikgu sazali mengarah pelajar yang meracau dipegang kuat-kuat. Sehinggalah jam menunjuk kan pukul 5 petang, jalan keluar masih buntu untuk ditemui. Pelajar yang kena rasuk tiba meningkat kepada tujuh orang. Saya dan cikgu lain bertungkus lumus mendapatkan pelajar tersebut. Memang menyeramkan kepada mereka yang melihat. Cikgu samsudin dan cikgu sazali cuba mengeluarkan makhluk didalam badan pelajar-pelajar yang kena rasuk tersebut.. ayat yang aku ingat keluar daripada mulut pelajar tersebut adalah aku nk bawak dia balik, aku sayang dia….apa yang korang baca ni, sakit lah bodoh… dalam proses mengeluar makhluk tersebut, ada makluk yang bermain dan berlakon keluar dan ada yang berlakon mengucap. Memang kelam kabut keadaannya, sehingga pelajar yang lain takut dan berkumpul dan membaca ayat kursy. Makin dibaca, makin liar tindakan pelajar tersebut kerana makhluk tersebut berasa sakit. Keadaan berlanjutan sehinggalah magrid dan terdapat seorang pelajar perempuan yang dimasuki oleh jin Islam memberitahu dan menunding jari ke arah kawannya yang dirasuk bahawa makhluk dalam kawan badannya bahaya dan paling jahat. Cikgu sazali dan cikgu samsudin berusaha mengeluar dengan bertekak dengan makluk tersebut sambil membaca ayat kursy.
Dalam keadaan kelam kabut tersebut, sorang pelajar lelaki telah melintasi sungai dan mendapatkan bantuan di kem latihan. Keadaan dihutan menjadi gelap dan keadaan tidak terkawal hinggalah JPA dan orang kampung menghulurkan bantuan. JPA telah mengeluar pelajar yang tidak dirasuk terlebih dahulu, dan pelajar yang dirasuk kemudian. Hasil usaha guru, makhluk tersebut telah dikeluarkan daripada semua badan pelajar. Dalam mengeluarkan pelajar tersebut, seorang pelajar perempuan yang telah dirasuk dan mahluk tersebut telah keluar dari badannya memegang erat tangan aku dan dia sambil berkata “cikgu…saya takut, saya taknak tengok kawan saya kena pukul’” merujuk dia terhadap makhluk yang cuba dikeluarkan daripada badan kawan dia oleh cikgu sazali dan samsudin menggunakan ayat al-Quran…meremang bulu roma aku pada masa itu. “kamu takutkan…kamu jangan pandang dia, jom ikut cikgu ke depan tu” aku membawa pelajar perempuan tersebut ke kumpulan pelajar yang menunggu giliran untuk diselamtkan JPA. Selepas pelajar tersebut diselamatkan, seorang pelajar tingkatan dua atau satu tidak berani untuk menyeberangi sungai, dia takut dan dia hendak menyeberangi bersama aku. Dia juga memengang erat tangan aku..terasa diri seperti seorang ayah pula. Sesempai diseberang aku terpaksa mengendong pelajar tersebut menaiki bukit yang licin dan arah dia berbaris dengan kumpulan pelajar lain dan aku mengiring pelajar lain dalam trek yang licin, becak dan gelap tersebut. Pelajar dan guru yang terperangkap akhirnya dikeluarkan sepenuhnya antara pukul 9.30 hingga 10.00 malam. semua guru yang tidak terlibat dengan jugle traking turun padang melihat keadaan termasuklah PK KoKo dan pengetua. Apa-apa pun aku ingin mengucap terima kasih kepada pihak yang terlibat dan kawan-kawan aku terutama salam dan khairil yang sanggup berlari sejauh 1 kilometer demi menyelamtkan kumpulan jugle traking. Aku yang keletihan, baru teringat yang aku bekerja lebih 8 jam yan bermula pukul 6.30 pagi hingga keadaan reda pukul 12.00 tgh malam dengan terpaksa mengurus 3 slot pada hari itu termasuk jugle traking. Keletihan……pengalaman…dan kenangan…..ahaks.

Cerita ini adalah benar belaka, nama pelajar dan tempat tidak dapat dimasukan atas sebab-sebab tertentu…..