Sunday 7 August 2011

Sedetik Itu Bermakna....

Sedetik itu bermakna dan tidak akan berulang…..bila kehilangan detik tersebut, ia merupakan satu kerugian yang besar maknanya..aku xnak ia berlalu begitu sahaja…akan ku pahat detik tersebut menjadi sejarah yang akan aku panjangkan kepada anak, cucu-cicit seterusnya orang-orang terdekat dengan aku. Bermula hari ini…aku akan jadikan hidup aku sebuah cerita....

Mukadimah panjang lak….terlebih dahulu, aku perkenalkan diri aku iaitu suhaimi a/l husin. Aku merupakan Orang Asli semenanjung  keturunan Semai. Dilahirkan di Tapah Perak, dan kemudiannya menetap di Pengkalan Hulu Perak selama 20 tahun disebabkan oleh Mendiang ayah berkhidmat sebagai PGA BN 18 (PASUKAN GERAKAN AM). Bersekolah di situ bermula dgn SK Keruh, SMK Pengkalan Hulu dan kemudiannya tingkatan 6 di SMK Tun Saban. Bersyukur pada tuhan, telah memurahkan rezeki aku untuk melanjutkan pelajaran ke UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) menjadi anak suluh budiman. Empat tahun di Tanjong Malim telah mengajar aku erti hidup dalam kesusahan, erti kesilapan dan penghargaan. Setelah menamatkan pengajian selama empat tahun (2006-2010) aku telah masuk ke alam pekerjaan. Sebelum aku menjadi seorang guru, aku bekerja sambilan dengan di syarikat motivasi dan NGO. Cerita ini aku akan update pada masa akan datang. Kini aku telah bergelar  sebagai seorang guru PSV di Perlis dan ditempatkan di SMK Syed Ahmad, Tambun Tulang, Arau. Disini juga ada pelbagai cerita menarik ingin aku kongsikan. Rasanya cukup setakat ini aku berbicara untuk permulaan. J

No comments:

Post a Comment