Thursday 11 August 2011

Tabung 100 PLUS..


Tiba2 teringin nak menabung duit syiling…niat jek harap2 berkekalan…klu dulu susah nak nak menabung kerana bukan datang dari keluarga yang berada. Teringat pula zaman sekolah rendah dan menengah dulu, zaman sekolah rendah dulu aku Cuma bawak rm 0.50 sehari selama 6 tahun. Kadang2 tidak bawak duit pergi sekolah…susahnya hidup zaman kecik2 dulu..susah bukan hanya disitu, apabila masuk sekolah menengah pun sama. Kadang2 ade duit belanja dan tidak. Belanja masa ini adalah rm 1.00 jek…nak makan lebih2 kat kantin sekolah memang xberpeluang seperti kawan lain. Belanja sekolah yang saya rase banyak iailah semasa tingkatan enam iaitu rm 2.00. kadang2 kawan aku tengok aku dengan penuh simpati, apa tidaknya pergi sekolah tidak berduit, pakaian compang camping…awek pon xpandang 2…hak3 rase lucu lak bila kenang zaman lampau..


Semasa tingktan 6 juga, sekolah pada masa itu ade membuat lawatan ke UPSI, kat stu aku mmg rase betul2 frust kerana tidak mempunyai belanja dan duit yuran nak dibayar,,,rasa kesyukuran yang teramat sangat apabila niat aku nak masuk UPSI tercapai selepas STPM. Kini apabila mempunyai kerja tetap, aku mempunyai pendapatan tetap dan tidak susah lagi sepeti dahulu. Aku mula belaja cara menyimpan duit demi masa depan untuk tujuan kecemasan dan simpanan. Di SMK SYED AHMAD ini, aku juga telah menemui seorg sifu yang mengajar cara pengurusan duit yang aku rasakan boleh dijadikan panduan. Terima kasih sifu, segala kata2 mu akanku jadikan panduan.

No comments:

Post a Comment